Buah Ajaib????

assalammualaikum

home sweet home... 3 minggu bercuti sempena final semester yg pertama di rumah tercinta.. next semester habis dah study.. sat je 4 tahun dah.. nak habis boleh la cakap.. masa dulu.. ya ampunnnnnnn... bila la nak habis ni.. malas dah nak study.. katanya.. hohoh.. kepada follower yang masih lagi tak tahu.. penulis ini orang melaka.. no wonder la kalau pedas ayat tu.. faham- faham la yer.. maklumlah kuat makan pedas kau.. krik krik krik.. 



tertanya- tanya tak apa yang dimaksudkan buah ajaib? bagi sesiapa yang tak mengetahui.. bacalah yer.. yang dah tahu.. bacalah jugak.. ta rugi.. ilmu ilmu.. hoho.. kenapakah buah ini digelar buah ajaib? jum kita layan..

buah ajaib ini mampu menukar rasa pahit dan masam kepada manis.. percaya atau tidak? 
dalam bahasa saintifik.. buah ini dinamakan " Synsepalum dulcificum" atau nama lain.. Miraculous berry, buah ajaib,pokok ajaib, miracle fruit,miracle berry,magic berry haaa.. tahu ke tidak?

buah ini berasal dari afrika.. entah macam mana ada kat malaysia.. aku pon tak tahu.. takde la keja nak cari.. thesis satu habuk pon tak usik. 

hmm.. bagaimana boleh terjadi perkara ini yer? ayuh kita baca.. 

"Para penyelidik di Jepun dan Perancis mendapati bahawa buah tersebut mengandungi sebatian sejenis protein yang disebut mirakulin. 

Protein ini melekat pada sensor rasa manis di lidah dan untuk sementara waktu mempengaruhi proses pengenalan rasa masam dan pahit. Sementara itu ,yang peliknya buah ajaib ini sebenarnya hambar, tidak mempunyai rasa sama sekali.  ( tapi aku rasa tadi manis kelat je.. haih.. wallahualam)

seorang profesor biologi-kimia terapan di University of Tokyo. Dia menambah bahawa kesan buah tersebut merupakan hasil meminimumkan perubahan pH yang berlaku ketika mengambil makanan. oleh demikian.. rasa pahit dan masam akan digantikan dengan rasa manis - SUMBER "

itu lah kisah buah ini.. ha.. faham ke tidak? tak faham lagi korang google la yer... kebaikan- kebaikan buah ini adalah.. "digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.- SUMBER 

itu sahaja... sama- sama la kita kongsi yer ilmu.. niat nak tulis ni sebab aku yang umur 22 nak masuk 23 baru kenal buah ni.. kalau berani cuba la makan buah ni.. lepas tu makn limau kasturi ke asam jawa ke pendek kata benda yang masam dan pahit la.. berani kerat jari la.. ta pahit dan masam.. kalo masam jugak tu tinggal berapa jumaat la kau tu..  hoho

renungkan hadis ini.. 

Daripada Abu Darda' r.a., katanya.. "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

sekian.. wassalam

0 comments:


ShoutMix chat widget