Cekik darah

Almost 3 weeks dh aku cari rumah sewa area jb ni.. sekali fikir... harga rumah mmg dh x msok akal.. semakin lama semakin mengarut.. konspirasi apakah ini?

Alasan utama.. ini bandar.. then? Whats the point?
Alasan kedua.. dekat dgn singapore? Wtf? @#/#&#*#*¥€÷£ mula la aku nak mencarut ni..
Alasan ketiga.. harga rumah semakin naik..

Ok.. apa pun alasannya.. aku merasakan isu ini akan mewujudkan satu jurang yang sgt sgt sgt besar.. antara si kaya dan si miskin.. tak seperti mana yang kerajaan kita hari ini inginkan.. negara maju dan rakyat maju? Yang kaya akan terus kaya.. yang miskin akan terus miskin..

Tindakan membina lebih bnyak rumah kos rendah adalah tindakan terpuji oleh kerajaan.. akan tetapi.. adakah tindakan ini dapat membendung penularan harga rumah yang semakin naik? Harga tanah yang semakin membuak buak nilainya?

Pada pendapat aku..

Tindakan kerajaan adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah... tetapi bukan satu langkah untuk mencegah dan mencari punca sebenar.. akar yang menjadikan isu ini berlarutan.. dan aku yakin.. hal ini tetap akan terus berlaku.. bukan ingin membidas tindakan kerajaan.. tetapi sekadar meluahkan..

Harga sewa sebuah rumah mencecah 600 untuk sebuah rumah flat.. 800 untuk rumah teres.. apakah tujuan pemilik rumah yang membeli rumah dgn harga kurang dari harga demikian sebulan tetapi menyewakan dengan harga yang jauh lgi mahal? For sure.. keuntungan.. pelaburan..

Ok.. better beli rumah baru.. sama jugak.. baik bayar rumah sendiri dari sewakan.. kalau aku yang berpendapatan sederhana ini merasakan terbeban dengan isu ini.. inikan pula mereka yang berpendapatan 900 sebulan.. kesian..

Kepada golongan2 diatas sana yang sedang memanipulasi dengan isu2 ni.. terus mengaut keuntungan.. menindas kami yang dibawah. Mungkin akan ada cerdik pandai yang menyokong tindakan mereka.. big clap for you guys!!

Cadangan aku..

Jika hari ini.. kerajaan mampu mengawal harga barang mentah.. why not tak boleh mengawal harga rumah kan.. setiap pembeli yang ingin menyewakan rumah perlu mendaftar dgn satu badan yang bertindak sebagai gate inspection harga sewa tersebut.. jika rumah sebesar sangkar kucing.. maka harga sewa perlulah harga seperti sangkar kucing.. jangan la pulak nak harga macam bungalow lima tingkat..

Gst perlu dikenakan kepada pemilik yang ingin menyewakan rumah tersebut.. mereka juga peniaga bukan?

Renungan..

Harga rumah pada tahun 1990= 60k
Bayaran bulanan=500
Sewa pada tahun 1990= 500.

Masih boleh diterima akal..

Sewa pada tahun 2014=1000..
Bayaran bulanan tetap 500 bukan?

Aku x nampak dekat mana punca harga sewa rumah yang sama boleh meningkat.. terus terang cakap.. ini STUPID!

Wahai cerdik pandai yang sedar atau tidak... sila perjelaskan?




0 comments:


ShoutMix chat widget